Jamuan Sempena Israq & Mikraj 1431
Pada hari Sabtu 10 Julai 2010, Surau An-Najihin telah mengadakan satu majlis Jamuan bagi meraikan hari penting Islam iaitu Israq Mikraj. Seorang ahli kariah, Sdr Azharudin telah bergabung untuk bersama-sama mengadakan majlis aqiqah untuk anak lelaki beliau yang baru dilahirkan.
Seramai 130 orang anak-anak dari Maahad Tahfiz Ummul Qura' telah diraikan didalam majlis ini.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan merhaban dan selawat serta tahlil. Selepas selesai solat Isyak berjemaah, semua tetamu serta ahli kariah yang hadir disajikan dengan jamuan istimewa yang disediakan khas oleh AJK Surau An-Najihin yang disediakan secara bergotong-royong.
Jamuan beriyani gam bersama kambing masala, ayam masala, kambing BBQ, kepak ayam BBQ serta kuih muih telah dihidangkan kepada para tetamu dan ahli kawiah yang hadir pada majlis ini.
Pengerusi Surau An-Najihin, Sdr Jamal (berjubah putih) bersama beberapa ahli Qariah

Imam Surau An-Najihin, Ustaz Rahim (berjubah putih) bersama Sdr Nazari & Sdr Azharudin

Pengerusi Surau Al Hijrah, Tuan Hj Mazlan (berkaca mata) juga turut hadir

Anak-anak dari Maahad Tahfiz Ummu Qura'

Sebahagian dari Muslimin yang hadir



Sebahagian dari Muslimat yang hadir



Ustaz Rahim mengetuai bacaan doa selepas tahlil


Pasukan Memasak



Tetamu dan ahli qariah menjamu selera selepas solat Isyak





Anak-anak dari Ummu Qura' ada cara tersendiri untuk menjamu selera



Ada yang tekun menjamu selera dan ada yang bertukar pendapat


|