Surau An-Najihin, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  Majlis Korban 1430 (2009)
 
Ibadat Korban 1430

Surau An Najihin Kota Kemuning bersama-sama menjalankan ibadah korban pada tahun ini pada pagi Hari Raya Idul Adha bersamaan dengan 27 November 2009. Pada tahun ini sebanyak 2 ekor lembu disembelih sebagai korban.

Kariah tempatan telah bersama-sama AJk Surau serta peserta korban telah besama-sama menyempunakan ibadah korban tersebut. Majlis bermula seawal pukul 9.30 pagi manakala jamuan nasi serta sup tulang dihidangkan kepada orang ramai sekitar pukul 2.30 petang.

Semangat gotong-royong telah membolahkan semua kerja-kerja penyembelihan, melapah, membahagikan daging korban serta membersihkan kawasan siap sepenuhnya sebelum pukul 11.30 pagi.

Satu pasukan lain juga sibuk dibahagian dapur, bertungkus lumus menyediakan ramuan-ramuan yang diperlukan untuk memasak sup tulang serta beberapa masakan organ dalaman. Sekitar pukul 12.30 tengah tengahari, semua ahli kariah lelaki meninggalkan surau untuk menunaikan solat fardu jumaat di Surau Al Hijrah, sementara itu semua kerja-kerja seterusnya diuruskan oleh ahli kariah wanita sehinggalah semuanya masak dan sedia untuk dihidangkan sebaik sahaja selesai solat jumaat.

Sebenarnya kemeriahan Hari Raya Idul Ahda di Surau An Najihin telah bermula seawal waktu maghrib pada 26 November 2009 dimana AJK Surau bersama-sama ahli kariah telah mula bertakbir sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib. Selepas selesai menunaikan solat isyak, ahli kariah telah dihidangkan dengan nasi lemak bersama 2 ekor kambing BBQ yang disedekahkan oleh ahli kariah.

AJK Surau An Najihin Kota Kemuning ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kariah yang telah terlibat didalam majlis korban pada tahun ini. Bersama-samalah kita berdoa agar majlis yang lebih meriah akan dapat diadakan dimasa-masa akan datang.

Salam Idul Adha

Pengerusi Surau An-Najihin, Sdr Jamal (berbaju biru muda) bersama ahli Qariah 


Ahli qariah berkerjasama menyediakan lembu untuk dikorbankan





Kerja-kerja melapah dan memotong daging dilakukan bersama-sama










Ahli qariah yang pakar dalam potong memotong tulang




Ada kumpulan khas untuk menimbang dan membungkus daging korban






Dalam semua majlis Pasukan Memasak pasti akan menyediakan juadah istimewa untuk semua ahli qariah yang hadir





 
 
 
  There have been 5223 visitors (12528 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free